Menu Utama
Akademik
Album
pengetua1.jpg hg2.jpg DSC00125.JPG pengetua.jpg bbq3.jpg depan2.jpg dscf1496.jpg bbq2.jpg front2.jpg DSC00102.JPG
Pautan

 

 

KPM

 

 

PPK

 

 

Tutor

 

schoolnet

 

 

Utusan Online

 

Berita Harian

 

Sinar Harian

 

nst

e-bahan

 

e-bahan

Pengguna Online
Daftar Masuk





Lost Password?
No account yet? Register
Duitsaku.Com

   

     

 

 Tambahkan duit saku anda di sini.

 

Kalendar
Universiti Tempatan

 

 

 UPU

 

    

   

 UKM                  UM

 

 

      

 

 UITM         USM

 

       

 

 UIA            UUM

 

        

 

UPM               UPSI

 

 

 
 
 
 
 
 
 

 

Topsides List
Education Topsites List
Bil. Pengunjung
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini197
mod_vvisit_counterSemalam346
mod_vvisit_counterMinggu Ini2358
mod_vvisit_counterBulan Ini1434
mod_vvisit_counterJum. Pengunjung102518
Lokasi Pengunjung
Sambutan Hari Guru 2009 Peringkat Sekolah PDF Print E-mail
Written by Norshafiza Shafie   
Tuesday, 19 May 2009

 

 

 

 

Hari Guru telah disambut dengan meriah di SMK Telok Panglima Garang pada 18 Mei 2009, bertempat di Dewan Seri Panglima. Kehadiran Naib Yang Dipertua PIBG, Tn Hj Mazlan bin Nasir telah memeriahkan lagi majlis ini. Pelbagai acara sambutan yang telah di rancang dengan rapi, memeriahkan suasana perayaan Hari Guru yang membawa tema Guru Pembina Negara Bangsa. 

 
Pasukan Selangor Johan Perbahasan Hari Guru 2009 PDF Print E-mail
Written by Norshafiza Shafie   
Monday, 18 May 2009
 
 
En Nadarajan dan piala kemenangan
 
Tahniah diucapkan kepada En Nadarajan A/L Thambu yang menjadi salah seorang wakil Negeri Selangor dalam Pertandingan Perbahasan Hari Guru Peringkat Kebangsaan dan menjadi johan pertandingan tersebut. Pertandingan ini diadakan pada 14-16 Mei 2009 di Kuala Terengganu. Sesungguhnya kejayaan beliau menjadi kebanggan Warga SMKTPG seluruhnya.
Last Updated ( Thursday, 21 May 2009 )
 
Hari Guru 2009 PDF Print E-mail
Written by rzeks   
Saturday, 16 May 2009

 

 *klik gambar untuk ke laman web rasmi Hari Guru 2009

 

 SAMBUTAN PERINGKAT SEKOLAH DIADAKAN PADA :

   Tarikh   : 18 Mei 2009

   Masa    : 8.00 pg

   Tempat : Dewan Seri Panglima

 

Last Updated ( Tuesday, 19 May 2009 )
 
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-29 2009 PDF Print E-mail
Written by Norshafiza Shafie   
Tuesday, 24 March 2009
 
 
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKTPG KALI KE-29 2009
 
Tarikh :  07 Mac 2009
Masa : 8.30 pagi 
Tempat : Dewan Seri Panglima
 
 
Last Updated ( Tuesday, 24 March 2009 )
Read more...
 
Kejohanan Olahraga SMKTPG 2009 PDF Print E-mail
Written by Norshafiza Shafie   
Friday, 13 March 2009
 Dato' Hj Sulaiman
 Datok Hj Sulaiman bin Mohd Karli dan Tuan Pengetua
 
Kejohanan Olahraga SMKTPG 2009 telah diadakan dengan jayanya pada tanggal 21 Februari 2009. Sekolah sangat berbesar hati menerima kedatangan Yang Di pertua PIBG SMKTPG, Datok Hj Sulaiman bin Mohd Karli (DSIS,SMS,ASA,PJK) sebagai perasmi kejohanan. Setelah bertungkus-lumus selama seminggu, kemuncak kejohanan diakhiri dengan kemunculan Rumah Kuning yang mengungguli kejohanan menerusi pungutan mata yang terbanyak. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang kejohanan pada tahun ini dan diharapkan warga SMKTPG akan terus berusaha meningkatkan prestasi sukan demi bangsa dan negara. Majulah Sukan untuk Negara.
Last Updated ( Tuesday, 19 May 2009 )
Read more...
 
Program Kecergasan Anjuran Kelab Belia Malaysia K. Langat PDF Print E-mail
Written by Norshafiza Shafie   
Saturday, 07 February 2009
 

Kelab Belia Malaysia Kawasan Kuala Langat telah mengadakan satu Program Kecergasan & Pendaftaftaran Rakan Muda di SMKTPG pada tanggal 6 Februari 2009, bermula jam 7.30 pagi. Program yang dimulakan dengan aktiviti senamrobik itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar. Seterusnya, majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Kamal Affendy yang sering menghiasi kaca TV di dalam program-program yang berbentuk analisis jenayah. Ceramah yang disampaikan oleh beliau "Ceramah Jenayah Berat" telah memberi pengisian baru kepada para pelajar SMKTPG mengenai jenis-jenis jenayah dan cara pencegahannya. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Penceramah dan Penganjur Majlis iaitu Kelab Belia Malaysia Kawasan Kuala Langat.

 

Untuk melihat pelbagai lagi gambar yang diambil sepanjang program, sila layari laman web kokurikulum sekolah di http://kokosmktpg.blogspot.com

 

 

Last Updated ( Saturday, 07 February 2009 )
 
Kejohanan Merentas Desa 2009 PDF Print E-mail
Written by Norshafiza Shafie   
Saturday, 17 January 2009
 

 

Kejohanan Merentas Desa SMKTPG untuk sesi persekolahan tahun 2009 telah diadakan pada hari Sabtu, 17 Januari 2009. Setelah menjalani latihan selama 2 hari; iaitu pada hari Isnin 12 Jan 2009 dan Rabu 14 Jan 2009. Kedudukan rumah sukan secara keseluruhan adalah seperti berikut :

 

Juara : Rumah Kuning

Tempat Kedua : Rumah Merah

Tempat Ketiga : Rumah Hijau

Tempat Keempat : Rumah Biru

 

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan Rumah Kuning yang mengungguli Kejohanan Merentas Desa SMKTPG pada tahun ini. (Klik pada read more untuk melihat gambar-gambar di sekitar Kejohanan Merentas Desa 2009)

Last Updated ( Monday, 02 February 2009 )
Read more...
 
Keputusan PMR 2008 PDF Print E-mail
Written by Norshafiza Shafie   
Wednesday, 07 January 2009
      

Tahniah diucapkan kepada anak-anak didik SMKTPG yang telah mencatatkan keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan PMR 2008. Seramai 23 orang pelajar SMKTPG telah memperolehi straight A's iaitu :

 

1. Ahmad Muzakir b, Mohd Fauzee (9A)

2. Balkis Amalina bt Zainol Rashid (9A)

3. Fatin Aqilah binti Azhar (9A)

4. Nur Arifah binti Nor Azman (9A)

5. Siti Hajar binti Ahmad Fathi (8A)

6. Chut Afifa bt Mohd Radzi (8A)

7. Chugan A/L Sivaperumal (8A)

8. Jason Chor Yeow (8A)

9. Muhammad Harith Fadzillah bt Mohd Rais (8A)

10. Muhammad Firdaus b. Abdul Ghaffar (8A)

11. Kumaran A/L Radha Krishnan (8A)

12. Elly Zafirah bt Ahmad Yunus (8A)

13. Maira Shakira bt Rosjaisam (8A)

14. Nur Ain Fazira bt Shaari (8A)

15. Nur Farah Izzati bt Zainordin (8A)

16. Nur Syamimi bt Hamdan (8A)

17. Shakila Sania bt Sahlan (8A)

18. Siti Nurul Fatinah bt Mohd Ramdzan (8A)

19. Lim Suh Ping (8A)

20. Masdilah bt Salim (8A)

21. Nithyarah a/l Nadarajah (7A)

22. Rishikaphriya a/p Rauvichandran (7A)

23. Manoshwaren a/l Shanmugasundram (7A)

 

Sila klik 'read more' untuk melihat senarai pelajar cemerlang PMR2008 yang seterusnya ....

 

Last Updated ( Saturday, 07 February 2009 )
Read more...
 
Mesyuarat Guru Kali Pertama 2009 PDF Print E-mail
Written by Norshafiza Shafie   
Thursday, 01 January 2009
  Barisan pentadbir : Tn Nordin, Tn Hj Jumiran, Pn Hjh Munah, Pn Hjh Siti Rahimah & Cik Aspalaili

 

SMKTPG telah mengadakan Mesyuarat Guru Kali Pertama untuk Sesi Persekolahan 2009 pada 30 Disember 2008, bertempat di Dewan Sri Panglima, SMKTPG. SMKTPG turut mengalu-alukan kedatangan guru-guru baru yang akan sama-sama bergandingan bahu menaikkan lagi nama SMKTPG, dan menjadikan jumlah guru di SMKTPG seramai 156 orang. Guru-guru tersebut ialah :-

 

1. Pn Anita bt Mat

2. En. Azhari bin Mohamad

3. Cik Chaw Lee Lian

4. En. Mohd Hafeze b. Mohamad Nor

5. Pn. Noor Syakila bt Arifin

6. Pn. Rojita bt Masri

7. Pn. Syarifah Alaina bt Sayed Mat Nor

8. Pn. Siti Aliyah bt Hj Karim

9. Pn. Yu Ger Sian

10. Pn. Ang Chui Lian

11. Cik Che Wan Rosida bt Wan Hassan

12. Pn. Faridah Musa

13. Cik Herdawati Selamat

14. Cik N. Syakirah Zawani Jaafar

15. En. Sabarwati Mohd Sofian

 

Dengan jumlah tenaga pengajar yang semakin bertambah, diharapkan nama SMKTPG akan menjadi lebih gemilang sepanjang tahun 2009 ini.

 

 

 

 

              

 

Last Updated ( Wednesday, 07 January 2009 )
Read more...